Assalammualaikum wbt
hmm .. perasaan aku semacam hari ni . tak tahu kenapa .
petang tadi balik kampung ziarah saudara disana sempena hari raya aidiladha sepatutnya aku rasa gembira dapat balik kampung tapi hmm tak tahu macam mana nak tafsir .
satu perkara yang aku perasan hari ni ..aku banyak termenung , berfikir tentang banyak perkara ..terkadang aku rasa seperti mahu terus tinggal di kampungku itu ..meninggalkan segala yang aku ada di portdickson . yang pasti ketenangan yang aku inginkan bisa aku peroleh di sana di kampung tempat aku mengenal erti kehidupan . tempat itu seolah-olah menyambut kedatanganku pulang serta tidak merelakan aku untuk pergi meninggalkannya . andai aku diberi pilihan pasti aku akan memilih untuk tetap tinggal dan mulakan sesuatu yang baru namun aku sedar bahawa aku tidak boleh meninggalkan semua yang aku punya itu kerana itu yang telah\ditakdirkan untukku . redha saja .
7 hari lagi sebelum perkara itu bermula . rasa khuatir dan gementar mula menguasai diri .
Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan dan ketenangan .Aminn .
No comments:
Post a Comment